7 Majlis Perkahwinan Paling Grand di Malaysia

Perkahwinan Serina Redzuwan (Anak Chef Wan)

  • Antara perkahwinan yang termahal di Malaysia
  • Pasangan: Gavin O’Luanaigh
  • Perbelanjaan: Dijangka belanja RM 20,000 hanya untuk fotografi sahaja (Perkahwinan mereka disiar live di Asian Food Channel (Astro-703)
  • Baju pengantin: Gaun Serina yang dipakai pada waktu petang majlisnya dianggrkan harga RM 15,000

Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza

  • Pasangan: Datuk Khalid Mohamad Jiwa
  • Perbelanjaan: Sesetengah sumber mengatakan perbelanjaan mereka mencecah lebih dari RM 12 juta. Yang paling menakjubkan, kek bertingkat sahaja dah sampai RM 12,000.
  • Venue: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Tetamu yang dihadiri: Seramai 2 500 orang

Perkahwinan Yunalis Zarai

  • Pasangan: Adam Yousof Mohamed
  • Venue: Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan gunung
  • Tetamu yang hadir: Seramai 300 orang dari keluarga dan kenalan

Perkahwinan Rozita Che Wan

Barangan yang ditaja sahaja hampir ke RM13 juta.

  • Venue: Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam
  • Tetamu yang hadiri: 200 orang

Perkahwinan Benjamin Yong

  • Pasangan : Elizabeth Lee
  • Venue : Dengan bertemakan carnival berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur.
  • Kos perbelanjaan : Dengan konsep mereka yang carnival diagakkan kos mencecah ke RM 50,000 untuk lampu hiasan sahaja dan sebanyak RM 54,000 untuk persembahan sahaja. Ini tak termasuk lagi dengan party yang mereka adakan sebelum perkahwinan di Sydney.

Perkahwinan Marion Caunter

  • Pasangan: SM Nasarudin
  • Venue: Mandarin Oriental,
  • Kos perbelanjaan: Walaupun kita tak berapa tahu kos keseluruhan majlis tertutup ini tapi menurut satu majalah pengantin online, kosnya mungkin sampai ke RM 5 juta. Majlis ini yang bertemakan mawar putih di Mandarin Oriental, telah dicaj sebanyak RM 300 untuk makanan setiap tetamu

Perkahwinan Raja Ilya

  • Pasangan: Trent Garrett,
  • Venue: Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang
  • Baju pengantin: Gaun pengantin rekaan Raffiey Nasir
  • Kos perbelanjaan: Perhiasan tajaan Habibs Jewels untuk malam berinai dan majlis reception mencapai RM10 juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *