Majlis Nikah Tanpa Bersanding

Majlis nikah tanpa sanding ? Dulu kahwin memang semestinya ada majlis bersanding. 

Bersanding tu adat je sebenarnya, tapi makin lama, orang dah anggap ia sebagai adat wajib dilakukan ketika majlis perkahwinan

Yang sedihnya, orang yang tidak berkemampuan pun terpaksa ikut sebab tekanan dari masyarkat sekeliling. 

Tu dulu, tapi sekarang semua dah mula sedar dan Alhamdulillah mampu kekalkan pendirian masing-masing. Kesannya, sekarang kita dah boleh melihat semakin banyak majlis perkahwinan tanpa bersanding.

Apakah pandangan orang melayu buat nikah sahaja tanpa sanding ?

Kalau kita lihat pandangan orang tentang majlis nikah tanpa sanding ni ada macam-macam sebenarnya. 

Ada golongan yang boleh terima pasal ni tapi ada jugak golongan ekstremis yang tak boleh terima nikah yang tanpa bersanding .

Bagi mereka majlis perkahwinan tanpa bersanding ni perkara yang boleh jatuhkan maruah keluarga.

Orang yang terima dan buat majlis kahwin tanpa sanding ni orang yang lebih memahami konsep majlis kahwin dan sanding dari segi Islam dan juga dari segi kos. 

Kalau ikutkan dari segi kos, duit yang beribu-ribu kita akan belanja untuk bersanding boleh digunakan untuk perbelanjaan yang berfaedah pada masa depan nanti seperti beli rumah atau simpanan perbelanjaan anak.

Apakah Kelebihan Majlis Nikah Tanpa Sanding ?

1. Cara Islamik

Tahukah anda sesi renjis-merenjis ni sebenarnya lahir daripada budaya hindu ? 

Ikutkan sunat, Nabi Muhammad S.A.W. hanya mengadakan sesi walimatulurus (majlis makan beradab) dimana saudara mara dan kawan-kawan dijemput. 

Tujuannya adalah untuk memberitahu yang pasangan sudah berjaya menjadi halal.

2. Mengelakkan diri daripada perasaan riak

Membuat majlis bersanding secara mewah ditakuti boleh mewujudkan rasa riak. 

Bukan untuk pengantin saja, dalam kalangan tetamu pun boleh timbul perasaan buruk seperti seperti cemburu, was was dan sebagainya. 

Bila kita buat bermewah-mewahan, takut kita terkena pandangan jahat orang lain yang cemburu dengan kita.

3. Berjimat

Ini kelebihan yang paling ketara. Dengan majlis perkahwinan tanpa sanding kos untuk dewan dah boleh jimat. 

Walaupun anda rancang nak buat majlis makan-makan di dewan tanpa bersanding pun masih berjimat jugak sebab tiada pelamin yang mewah. 

Cuma kalau boleh, buatlah pelamin mini untuk sesi fotografi. Agak murah berbanding dari pelamin untuk bersanding.

Bersanding dari segi Islam

Sejujurnya, Islam melarangkan majlis persandingan yang ada unsur-unsur budaya agama Hindu seperti merenjis, menepung tawar dan sebagainya.

Tak salah ikut adat tapi tak perlu ikut bulat-bulat adat yang sebenarnya dipercayai mempunyai unsur-unsur syirik dari perspektif Islam. Perkara tersebut boleh dielakkan.

Dan kita boleh mengamalkan kesederhanaan dalam majlis tersebut. 

Antaranya, tidak lah mengenakan solekan yang terlalu mempamerkan kecantikan pengantin sampai untuk tatapan tetamu yang bukan mahram. 

Cukuplah sekadar menghiasa secara sederhana dan menutupi aurat.

Tak perlu lah nak sediakan pelamin yang terlalu mewah dihias, cukuplah sekadar pelamin yang sederhana dan selesa.

Syarat syarat walimatulurus

  • Cara sederhana
  • Tiada unsur maksiat dan kemudaratan
  • Dilarang berhutang yang membebankan

Aturcara majlis nikah tanpa sanding

Aturcara yang Zu share ni selalunya kalau dibuat di dewan. Kalau buat di rumah bolehlah ikut keselesaan masing-masing. Baca persediaan sebelum kahwin di sini. Sebab Zu banyak berpengalaman uruskan katering majlis perkahwinan, ini aturcara yang biasa digunakan.

  • Ketibaan pengantin

Kalau nak buat grand, boleh tempah rombongan berselawat atau rombongan kompang. Tapi kalau nak berjimat, mainkan lagu pun boleh je. Ikutkan kemampuan anda.

  • Berarak ke meja makan

Dah sampai dewan , selepas ucapan aluan dari MC dan pembacaan doa, bolehlah bermula jamu selera. Cuba dapatkan ZF Caterer untuk tempahan katering majlis kahwin anda di area KL & Selangor

  • Memotong kek (Optional)
  • Photography

Selesai makan-makan, bermulalah sesi ambil gambar. Untuk photo session nak buat di pelamin
mini pun boleh atau nak letakkan background hiasan pun boleh jugak. Ikut pilihan masing2.

  • Menegur sapa tetamu

Di sinilah pengantin akan bermula pusing satu dewan untuk berbual mesra dengan tetamu yang hadir. 

Ada yang nak bergerak dari meja ke meja, ada juga yang nak berdiri dekat pintu gerbang. Ikut mood pengantin lah ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *