30 Persediaan Sebelum Berkahwin
Persediaan sebelum kahwin – Bila tarikh majlis kahwin dah set, ramai dah mula rasa nervous, sebab banyak perkara perlu buat.
Bila nervous, adalah perkara yang kita lupa nak buat, dan banyak perkara yang kita tak tahu nak buat sebab tiada pengalaman kahwin sebelum ni (lainlah kalau anda kahwin kali kedua…hehe)
Sebab tu Zu sediakan senarai 30 Persediaan sebelum berkahwin supaya anda boleh tenang-tenang check off setiap 1 perkara dalam Checklist ni. So, jom kita mulakan.

1. Buat checklist
Pertama sekali, sangat penting untuk korang tulis benda yang patut dibuat/dibeli dalam kertas ataupun di Apps fon korang. Takut nanti tertinggal something.
2. Set Budget
Lepas dah tulis apa yang patut buat dan beli, terus buat budget sekali untuk mengelakkan pembaziran time buat shopping. Dan pastikan duit cukup, takut last minit jadi kelam kabut
3. Pilih tarikh dan waktu nikah
Pemilihan tarikh yang sesuai dan yang setujui oleh dua2 keluarga pengantin lelaki dan perempuan . Decide seawal yang mungkin , baru boleh booking dewan awal, caterer awal, sediakan baju pengantin awal dan lain-lain. Elakkan kerja last minit.
4. Hadir Kursus kahwin
Yes, settlekan kursus kahwin, kang tak dapat kahwin nanti. Hehe.
5. Anggarkan jumlah tetamu
Buat list tetamu penting untuk tahu berapa orang akan hadir dan berapa luas dewan sesuai untuk muatkan orang . Takut dewan besar tapi tetamu tak ramai, atau dewan kecil tetapi tetamu pulak ramai.
6. Tempah dewan majlis seawal mungkin
Nak dapat date kosong dewan bukan senang, lagi-lagi kalau musim cuti sekolah. Masa tulah semua orang nak kahwin kan. So kalau boleh tempah dewan seawal yang mungkin. Book awal setahun pun tak tentu dapat lagi .
7. Tentukan tema majlis
Tema majlis penting untuk memulakan deco. Baju pengantin pun boleh decide hanya selepas pilih tema dan warna.
8. Shopping hantaran
Sebelum pergi shopping buat list barang yang patut dibeli dan tick terus lepas beli satu per satu.
9. Persiapan pre-wedding ceremony
Dalam kesibukan plan untuk grand reception, jangan pulak lupa buat persiapan rapi untuk malam berinai, hari bersanding dan hari pertunangan. Ingat, setiap hari tu adalah kenangan manis.
10. Persediaan catering
Pemilihan caterer penting kerana diorang yang mampu buat tetamu kita kenyang. So pastikan caterer yang ada experience dalam handle event besar. Tentukan sekali nak buat cara buffet ke atau dihidang. ZF caterer antara syarikat katering yang anda boleh pertimbangkan.
11. Pilih Menu
Tetapkan menu yang ingin korang hidangkan semasa majlis. Buat list dan bincangkan. Lepas finalise, minta food test dlu baru la decide nak tempah. Lihat menu katering majlis kahwin ZF Caterer di sini
12. Photography majlis
Book servis photographer dan videographer yang berpengalaman dalam event photography. Sediakan bayaran deposit jika memerlukan.
13. Decide wedding planner
Kalau korang nak appoint wedding planner, setengah daripada kerja family akan kurang. Decoration, catering , photographer, baju pengantin, makeup semuanya diorang handle. Kerja kita nanti bagi suggestion je.
14. Buat meeting dengan family/wedding planner
Buat perbincangan dari masa ke masa dengan family sangat penting untuk update family pasal perkembangan dalam persiapan majlis. Minta pendapat family/pasangan dalam setiap decision yang akan diambil. Sebab takut nanti ada pulak yang tak puas hati dengan decision kita. Pengagihan kerja kepada family member juga penting untuk membuat kerja sama2. Jangan pulak sorang je buat kerja nanti.
15. Senaraikan atur cara majlis
Ini penting untuk plan flow majlis.
16. Baju pengantin dan fitting
Pilih boutique yang sesuai mengikut budget anda untuk tempah baju pengantin. Atau kalau korang nak jahit baju pengantin sendiri pun boleh tapi pastikan kain, material ikut tema.
17. Cincin
Beli cincin kahwin awal kalau boleh dan simpan baik-baik.
18. Buah tangan resepsi
Rancang nak bagi buah tangan apa dan nak bagi berapa dekat tetamu yang hadir dan juga tentukan siapa yang nak sediakan buah tangan tu.
19. Penginapan untuk saudara jauh
Jangan lupa sediakan pengangkutan dan penginapan untuk saudara mara jauh yang datang untuk majlis anda.
20. Menempah kad jemputan
Pilih design dan warna invitation card dan bagi order seawal yang mungkin sebab takut kalau card dapat lambat, tak cukup masa nanti untuk bagi semua saudara mara.
21. Tentukan pengapit
Tentukan siapa nak jadi pengapit, sama ada dari pihak pengantin perempuan atau lelaki. Atau nak pilih kawan2 je as pengapit.
22. Makeup
Lantik jurusolek sekali untuk semua pra perkahwinan untuk memudahkan kerja. Kalau suruh kawan untuk menjadi jurusolek pastikan mereka on time ye. Dan jangan lupa buat test solekan sebelum beberapa hari majlis untuk tengok kesesuaian makeup.
23. Decoration
Bincangkan deco pelamin, arrangement meja, bilik pengantin dan lain-lain. Sebelum tu pastikan sama ada anda ingin buat majlis bersanding atau tidak.
24. HIV medical test
Yess, korang wajib ambil ujian HIV sebelum kahwin.
25. Distribute wedding invitation
2 bulan sebelum majlis kahwin, dah boleh start edarkan kad perkahwinan.
26. Fix appointment di spa
Start buat penjagaan kecantikan dari 3 bulan sebelum majlis. Baru dapat nampak hasil yang memuaskan.
27. Book tempat honeymoon awal
Plan awal kat mana nak pergi untuk honeymoon dan kalau disetujui oleh pasangan, book tiket awal untuk jimatkan duit
28. Persiapan saksi nikah, jurunikah
Buat tempahan jurunikah dan decide awal siapa nak jadi saksi nikah. Senang nanti untuk duduk depan.
29. Pakai inai
Inai kalau pakai waktu malam sebelum tidur, senang sebab boleh tidur terus . Kalau waktu pagi, takut ada kerja kena buat
30. Rehat dan tidur secukupnya
Ye ini penting, sebab hari perkahwinan nanti korang kene banyak layan tetamu, nak buat photoshoot, dan macam-macam lagi yang pasti memenatkan.
So itulah dia 30 tips sebelum kahwin, yang anda perlu settlekan untuk majlis anda berjalan dengan lancar. Anda rasa ada sumthing yang Zu tertinggal dalam senarai di atas ni ? Kalau ada, komen kat bawah, Zu akan reply laju-laju!